Thursday 3 July 2014

DIA dalam 2014


Dan Assalamualaikum, semakin lupa aku pada blog semakin leka akhirnya. Kononnya dulu mahu maintain menulis tiap peristiwa yang berlaku. Alah tapi, semua hangathangat tahi ayam sj. Hee.

Okay first -- terus malas nak berjeler

Aku tiada dah abang angkat. Dah hilang pun. Sekejap je, 6 month macam biasa tahun tahun lepas. Alah bodoh kalau di fikir tentang dia. Tukar topik--

Sekarang aku mahu cerita tentang kisah cinta aku. -- itu yang di atas. 1 tahun setengah aku cari pengganti tapi tak jumpa macam tak ngam dengan jiwa. Sekali member aku kenalkan dengan member dia(kenal member kepada member lah ni). Starting aku sombong jual mahal dan malas aku nak layan. Serius! Lama lama jatuh cinta. Itu dengan jejaka atas itu.

Dan itulah aku nak beritahu kisah aku yang terkini. Yang aku sudah ada boyprenggg. 


 
 

Wednesday 9 October 2013

Never though to have you in my life since was 6 years ago

 Ini munkin memori yang akan tinggal sebagai memori.
Dalam beberapa hari ini memang aku teramat sedih. Munkin aku sendiri dapat rasa 'what will happen next' between us. Aku tak tahu nak ungkap seperti apa. Yang aku tahu aku sayangkan dia. Itu adalah biasa bila aku sudah mula mengalir air mata sebab aku akan kehilangan dia untuk kali ke-3. Berkali-kali Tuhan temukan aku dengan dia, dia tak kan pernah menghargai aku seperti aku menghargai dia dari dulu sampai sekarang. Aku sanjung walau hakikatnya dia tak seberapa 'hebat' di mata aku juga pada orang lain.

Aku doakan dia bahagia dengan ketiadaan aku disisi nanti.



Aku banyak belajar sabar dengan sikap dia yang tiap kali mencabar kemampuan aku sebagai seorang manusia. Tapi jauh dalam hati aku tahu, dia tak pentingkan aku. Lebih pentingkan gf dia. Dia menyanjung gf dia walaupun teruk dia di maki. Dia masih sanjung walau di permainkan buta-buta. Dia tetap tatang walau binasa jiwa hati dia, sedangkan aku yang melihat boleh merasa pahitnya apa yang dia telan selama 3 tahun lebih kurang demi mempertahankan hubungan gf yang dia sayang. Munkin gf dia lebih tulus sayangkan diri dia daripada aku.

Aku lepaskan dia dengan gf dia dan harap sangat gf dia dapat jaga dia dengan elok bila dia akan resign kat Hammer Engineering nanti. 

Wednesday 18 September 2013

Ya Allah kuatkan semangat aku

Ya allah ya tuhankuA
Aku hamba yang hina
Sebegini ujian yg kuterima
Aku terima dgn hati yg terbuka
Walau hatiku terluka
Aku tetap mngukirkn snyuman untuk semua
Walau aku sendri tertanya2
Apa dosaku
Apa salahku padanya
Ku terasa seperti tidak diendahkannya
Aku bersyukur kerana msih punya MU ya ALLAH, tuhan yg mncipta segala
hati

Kenapa kau terlalu mudah dilukai
Kenapa terlalu rapuh kekuatanmu yg diberikn oleh ilahi
Apa kau xpunya iman di hati atau mungkinkah kerana diri
Yang smemangnya perempuan punya emosi yang tinggi

Ya tuhan maha kekal di dunia ini
KAU yang membolak balikkan hati ini
KAU yg punya kuasa menghilangkn semua derita ini
Aku memohon untuk kebaikan diri sendiri
Jauhknlah aku dari rasa kecewa ini
Jauhkanlah aku dari seksa ini
Aku tau kau xkn mnguji diri ini
Jika kau rasa aku xtertanggung dengan ujian ini
Namun ku mohon untuk kali ini
Padamu yang maha mngasihi
Kautkanlah hati ini
Jauhknlah emosiku ini dari syaitan yang mahu menakluki hati ini

Thursday 5 September 2013

Macam tu ke lelaki suka perempuan

Hello overemo girls and steady boys.

Rujuk entry di bawah,


Well, kesian betul kan bila aku tengok ramai awek-awek comel di luar sana asyik kena dump dengan lelaki penipu. Berkali-kali kena dump. Sebab tu lah aku tak support couple-couple ni. Aku tak pernah kata couple ni haram atau apa. Cuma, jangan couple dengan lelaki yang korang baru jumpa beberapa bulan. Sebab korang sure end up dengan heartbroken.

Apa pun gadis comel sekalian. Jangan risau kalau balak korang tinggalkan korang. Kite perempuan kot so why the hell nak kecewa gile tahap monyet. well, peratus perempuan lebih ramai daripada lelaki yang hidup sekarang ni walaweyy!
So di sebabkan aku baik hati tersangat dan tak nak group perempuan high class macam kite ni drop kerana lelaki, i'll show you olls lah apa yang lelaki akan buat bila dia betul-betul suka kat perempuan tersebut.

Dengan kata lain, lelaki tu suka kat korang kalau...


Perangai dia berubah bila bersama dengan korang. 
Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila. Bila lepak dengan member, pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak. Rambut pulak tak kalah nak style punk je. Tapi bila dengan gadis yang dia sayang, dia jadi lembutttt sangat. Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa. Suara pun romantik je bila tengah gayut.


Lelaki macam ni memang taste perempuan suka. Ah, tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea. Bullshit je semua tu. Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat. Perangai jahat. Tapi baik. Err i mean, iyalah, lelaki tu pakai baju koyak rabak. Rambut punk. Naik motor RXZ. Baju seluar semua hitam. Tapi tolong nenek tua lintas jalan. Perh, confirm cair perempuan tengok.


Dia marah gila-gila, tapi bila korang pujuk, mudah je dia hilang marah.
Lelaki memang sukakan benda-benda cantik. Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse. Dan tak lupa juga perempuan. Lelaki memang sukakan perempuan cantik. Dan comel. Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan. Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok. Dan ada certain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda. Dengan kata lain, kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia mungkin ada wink-wink dengan korang.

Sebagai contoh, you girls lah. Korang emo gila. Mungkin emo sebab kena marah, atau sebab kena tinggal dalam mall atau apa-apa je lah. Mesti di saat tu anda inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk anda kan? Actually bukan ada apa pun. Emo anda tu bila-bila je boleh hilang. Tapi still anda nak lelaki yang anda suka tu pujuk kan?
Mengada-ngada.


Bila lelaki luangkan masa dengan korang. 


Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? KORANG TAU TAK? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan korang, maknanya dia utamakan korang dari game? It's a big deal. Duh.

Dan biasanya, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang. Tak kira lah situasi apa sekalipun, dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia.


Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat. 
Kadang kadang, lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia. Si lelaki bukan dengar sangat pun apa yang si perempuan tu cakap. Kadang-kadang lelaki romantik macam aku hanya akan tengok gelagat dia, cara dia bercakap dan sebagainya. Kalau bergayut pula, aku lagi suka dengar dia bebel. Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa. Kelakar doe. Kelakar dan comel. Dan sweet.


So, apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa. Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat. Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat. Dan most of the time, lelaki akan perasan si gadis punya nada. Actually perempuan yang ALERT dan romantik macam aku je yang perasan. Biasalah, romantik.


Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common. Aku nak cerita pun malas. Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia, tu ada beberapa maksud. First, itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini. Walaupun aku huduh, tapi awek aku comelllll. Tak macam korang. Muka handsome. Tapi awek tak der gak. Dan maksud yang ke dua adalah... Wait, why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious?

Yes, dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki.


Well, korang boleh tanya kawan dia.
Korang boleh menyamar sebagai bekas kawan sekolah bf korang then korang tanya la kawan baik dia. Most of kawan lelaki akan tahu samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak. Tapi lelaki biasanya tak ceritakan siapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia. Tapi, kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not, kan? So, korang boleh susun langkah track your boy.


Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.


Lelaki mudah bosan. Yeeeee. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. (definitely sama macam abang angkat aku) Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dengan erti kata lain adik ke sesiapa je lah. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar. Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva. Tajuk citer tu adalah Play The Game. Antara quote dalam movie tu adalah

"Love; You either know it when you meet her, or when you lose her." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia biasanya akan rasa gelabah. Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat perempuan.



Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang. Tak adanya kalau korang bercouple, si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan. Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur. Okay fine memang ada. Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata. Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him.

Tapi cuba you all fikir balik. Andai kata korang sayangkan satu benda, korang nak jaga elok-elok tak? Kalau aku lah jadi lelaki, kalau aku jumpa seorang awek comel, bertudung litup, muka suci then pakai baju kurung setiap hari, aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari. Yee lah. Dia tu comel. Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy? Mesti rosak that girl kan?

Tapi korang kena ingat. Lelaki ni pandai. Perempuan pula tak berapa nak pandai. Eleyhh perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak. End up masuk bilik gak. (tengok! aku sendiri boleh cakap macam tu)

Yes, most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin. Tapi korang kena ingat. Lelaki pun tahu yang perempuan tahu. So, bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious. Then bila perempuan setuju dan happy gila, si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You you. Kita akan kahwin nanti kan. So, apa kata you buktikan cinta you kat I. Malam ni check in hotel jom?"

Eh, jangan terkejut kalau aku kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu.

Dan, conclusionnya, yes, seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat benda-benda di atas. Persoalannya, lama mana dia akan suka kat kau?